9M6BRC CQ All Asia Contest dikendalikan oleh 9W6RHM(Rahim) dan 9M6XRO(John) serta diperhatikan oleh 9M6DJC, SWL dan 9W6SUE yang berlangsung di Club House Borneo Amateur Radio Club.



Liputan TV3 dalam sambutan 80 tahun Radio Amatur di Malaysia.


Stesyen khas 9M1P sambutan 80 tahun Radio Amatur di Malaysia memanggil CQ di HF 20meter.

Mungkin masih ramai yang masih keliru mengenai perbezaan antara operator Radio Amatur bertauliah dan operator Radio Amatur belum bertauliah. Bukan semua orang yang pegang PTT atau Radio bercakap atau transmit ke udara itu dianggap operator Radio bertauliah sebab operator radio memerlukan perakuan/pentauliahan.

Kita tengok dari segi operator Radio Amatur.

Dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA(STANDARD TEKNIK)2000 P.U. (A) 124/2000 Jadual Ketiga Peraturan 26/2.

Seseorang Operator Radio Amatur bertauliah perlu diperakui dengan PERAKUAN PENGENDALI RADIO AMATUR kelas A atau kelas B untuk menjadi Radio Amatur dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui:

(i) Ujian teori asas elektrik, elektronik dan radiokomunikasi ;

(ii) teori dan pengendalian apa-apa kelengkapan radio amatur termasuklah sistem antena, talian pemancar, transistor, penguat dan modulasi frekuensi dan teknik-teknik jalur sisi tunggal ;

(iii) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang terpakai bagi penubuhan dan pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur ; dan

(iv) Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa yang terpakai bagi pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur dan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pengendalian stesen secara am.

(v) Ujian praktikal penghantaran dan penerimaan isyarat telegraf.(kod morse) bagi upgrade ke kelas A selepas setahun di kelas B.

Setelah perakuan diberi melalui sijil AROC maka peruntukan radas ASAA baru dapat dipohon untuk mendapatkan tandapanggilan(callsign) dan baru boleh mengendalikan stesyen radio amatur untuk ke udara melalui siri-siri jalur frekuensi yang telah ditetapkan. Pada masa ini barulah seseorang itu boleh dikenali sebagai Radio Amateur.

Tandapanggilan stesyen radio amatur yang telah diperakui pentauliahan untuk Malaysia didahului dengan prefix 9M2 untuk kelas A Semenanjung Malaysia, 9M6 untuk Sabah dan 9M8 untuk Sarawak manakala 9W2 untuk kelas B semenanjung Malaysia, 9W6 untuk Sabah dan 9W8 untuk Sarawak.

Jangka masa lesen maksimum ialah 5 tahun.

Semua bentuk operasi sama ada secara suara atau kod morse semuanya mempunyai standard yang ditetapkan SKMM, IARU(International Amateur Radio Union) dan ITU.

Manakala pengguna radio(persendirian, organisasi, kelab, sekuriti, perniagaan) yang tidak ada perakuan pentauliahan radio operator seperti diatas dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah bukan Operator Radio Amatur bertauliah. Mereka dikategorikan sebagai pengguna radio dibawah lesen milik organisasi atau kelab-kelab.

Dari segi Radio Amatur pula, pengguna radio belum bertauliah dianggap SWL(Shortwave Listener) yang hanya boleh mendengar sahaja di jalur Radio Amatur.

Harap penjelasan ini dapat memberikan gambaran jelas perbezaan kepada peminat radio amatur yang baru atau SWL.

Check Callsign

Check: By:
9M6-9W6 East Malaysia (ITU Zone 54 CQ Zone 28) {lat 5.8 long 118.1] (start 9/16/63}
9M8-9W8 East Malaysia (ITU Zone 54 CQ Zone 28)

Kod Etika Radio Amator

1. Amatur Radio adalah Berjiwa Perwira
2. Amatur Radio adalah Setia
3. Amatur Radio adalah Progresif
4. Amatur Radio adalah Ramah Tamah
5. Amatur Radio adalah Berjiwa Seimbang
6. Amatur Radio adalah Patriotik


Maklumat / Informasi