Apa itu Echolink? Echolink sejenis program yang membenarkan pengendali radio amatur berlesen serata dunia untuk berkomunikasi melalui internet atau Voip (voice melalui ip (internet protokol) ). Program echolink ini membenarkan pengendali radio amatur yang berlesen serata dunia untuk berhubung sesama pengendali radio melalui komputer. Sekarang terdapat hampir 200 000 pengendali radio dari 162 negara yang telah disahkan untuk mempergunakan echolink. Hampir 4000 pengendali online setiap masa.
Dengan menggunakan echolink seseorang pengendali di malaysia dapat berkomunikasi dengan pengendali radio amatur yang lain di luar negara ataupun dalam negara tanpa perlu memiliki radas amatur yang mahal harganya dan hanya apa perlu sebuah komputer dan sambungan internet.
Rakan-rakan Hams yang berminat boleh minta tunjuk ajar daripada rakan-rakan hams yang lain tau layari website echolink di http://www.echolink.org
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan Ham sekelian...
Atas usaha & inisiatif seorang rakan Ham dari Kota Bharu, Kelantan iaitu 9W2KEL, satu laman web baru telah diwujudkan iaitu http://www.mycallsign.my
Jika sebelum ini kita semua telah biasa dengan www.qrz.com, jadi apa kata kita semua warga Ham di Malaysia khasnya memberi sokongan atas usaha murni ini.
Tujuan utama kewujudan laman ini adalah untuk menyediakan pengkalan data bagi semua Ham di Malaysia.
Sebagai contoh, jika anda ingin ke Kota Bharu tetapi anda tidak mempunyai rakan disana, anda bolehlah mencari senarai rakan di Kota Bharu melalui laman www.mycallsign.my tersebut.
Jadi saya ingin menyeru pada rakan-rakan semua agar dapat mendaftarkan profile anda di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma, tiada bayaran dikenakan.
Sama-samalah kita menyokong usaha ini dan semoga laman ini dapat menjadi rujukan bagi rakan-rakan ham semua.
cherio...
73







