Pengulang (Repeater) adalah menyerupai satu stesen yang tidak mempunyai operator, selalunya terletak di tempat yang TINGGI seperti atas bukit atau bangunan tinggi. Kebiasaannya pengulang di tempatkan di satu kawasan yang TINGGI. Pengulang berfungsi memancar semula isyarat lemah atau kuat dari Pemancar Radio Bimbit (Walkie Talkie / Handie Talkie) atau pemancar dari kenderaan (Mobile) kepada kawasan yang lebih LUAS dan JAUH dari kebiasaannya tanpa menggunakan pengulang. Malahan isyarat dari Pemancar kenderaan yang sedang bergerak (Mobile) lebih mantap dari biasa tanpa pengulang.

Pengulang terdiri dari PENERIMA (RX / Input) dan PEMANCAR (TX / OUTPUT) berserta beberapa peralatan kawalan dan penapis atau dikenali sebagai "DUPLEXER". Dengan bantuan penapis (Low / High Pass Fillter), membolehkan ia berfungsi memancar dan menerima dalam masa yang sama. Berbeza dengan komunikasi biasa dilakukan seperti diantara dua stesyen (Simplex) yang hanya menggunakan satu frekuensi sebagai penerima dan memancar dalam frekuensi yang sama. Pengulang 2 meter Radio Amatur mempunyai Frekuensi Menerima (Input Frequency) 600 kHz lebih rendah dari Frekuensi Memancar (Output Frequency).

Untuk mengguna atau memasuki pengulang, pastikan Pemancar Terima (Transceiver) anda berada dalam Frekuensi dan konfigurasi yang betul, kemudian anda umumkan "9W6DEN di frekuensi" (9W6DEN on frequency) atau "9W6DEN bersedia untuk panggilan" (9W6DEN standing by for a call) bukan "9W6DEN Monitoring Mode". JANGAN umumkan "9W6DEN mendengar" (9W6DEN listening) bukan "9W6DEN Monitoring Mode" serta lepaskan butang PTT (Push to Talk) dan berharap seseorang akan memanggil anda. Anda sebenarnya mengumumkan 'anda hanya mendengar' (monitor) dan tidak menunjukan keinginan untuk berkomunikasi (QSO).

Check Callsign

Check: By:
9M6-9W6 East Malaysia (ITU Zone 54 CQ Zone 28) {lat 5.8 long 118.1] (start 9/16/63}
9M8-9W8 East Malaysia (ITU Zone 54 CQ Zone 28)

Kod Etika Radio Amator

1. Amatur Radio adalah Berjiwa Perwira
2. Amatur Radio adalah Setia
3. Amatur Radio adalah Progresif
4. Amatur Radio adalah Ramah Tamah
5. Amatur Radio adalah Berjiwa Seimbang
6. Amatur Radio adalah Patriotik


Maklumat / Informasi